Showing posts with label Nasi Tomato. Show all posts
Showing posts with label Nasi Tomato. Show all posts

Tuesday, 14 July 2015

Resepi Nasi Tomato by Tahrunnisah Jali

NASI TOMATO
Bahan2nya:
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air
sedikit halia
1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu
2 ulas bawang putih potong dadu
bahan penumis,( kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
3 sudu besar tomato paste
1 kiub pati ayam
sebatang serai diketuk
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi
dan sedikit minyak tuk menumis
garam
hiasan daun pudina dan bawang goreng

Cara memasaknya
1.    Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap
2.    Dalam Kuali ..panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia
        serta bahan penumis
3.    Tumis sehingga naik bau...masukkan tomato paste, serai, kacau sebati.
4.    Kemudian toskan beras dan masukkan dlm rice cooker dan masukkan bahan tumis tadi serta
        air...dan garam.. tanak seperti tanak nasi..dah masak baru kacau perlahan2 supaya nasi tak patah2
        ye...## sukatan air bergantung pada beras yg digunakan... Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya
         1/2 cawan ...


AYAM MASAK MERAH
Bahan2nya:
1/2 ekor ayam dpotong kecil
2 biji bawang besar saiz sederhana*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar
2 sudu besar tomato paste
2 sudu besar sos cili/sos tomato
garam
gula
minyak utk menumis
dan bawang besar dipotong bulat tuk hiasan

Cara memasaknya
1.    ayam dipotong kecil dan dibersihkan serta ditoskan dan digoreng garam kunyit.
2.    kisar bawang besar, bawang putih dan halia
3.    Tumis bahan kisar dan lada sehingga pecah minyak..tumis biar agak lama dgn api perlahan
4.    masukkan tomato paste, sos cili/sos tomato
5.    dah agak2 kering masukkan gula dulu dan masukkan air sedikit dan perasakan dgn garam 
6.    masukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis.


Resepi Dalca daging, hati dan paru lembu dan sayur
Bahan2nya:
300 gm daging lembu dipotong kecil
hati lembu dipotong kecil
paru lembu (diptong dan direbus terlebih dahulu biar empuk)
2 biji bawang besar sederhana saiz
3 ulas bawang putih
3 sudu rempah dalca
1 mangkuk santan
sedikit halia
sedikit air asam jawa
bahan penumis
minyak masak
garam dan sedikit gula
sayur
kacang panjang
terung
bendi
ubi kentang
lada hijau
carrot

Cara memasaknya
1.    Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar halus serta bahan penumis sehingga naik
        bau, kemudian masukkan rempah dalca..biarkan ia sebati dan pecah minyak
2.    masukkan sedikit air dan masukkan daging lembu biarkan ia empuk..kemudian masukkan hati lembu
        dan paru lembu
3.    Kemudian baru masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula
4.    Jika agak pekat masukkan sedikit air dan masukkan air asam jawa
5.    Setelah mendidih masukkan sayur yang telah dipotong... biarkan ia masak.


ACAR TIMUN
Bahan2nya:
timun dipotong memanjang dibuang empulurnya
Carrot dipotong memanjang
nenas di potong
bawang di mayang halus
sedikit cuka
garam dan gula
air kapur


Cara memasaknya
timun,bawang dan carrot setelah dipotong di rendam kejap ngan air kapur utk merangupkan. setelah itu bersihkan kembali timun tadi kemudian masukkan cuka sedikit, garam dan gula..dan nenas. kacau sebati dan boleh masuk dlm peti ais.


Friday, 19 June 2015

NASI TOMATO – Resepi 1

Bahan-bahan:
3 cawan beras - saya gunakan beras biasa je
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar - dihiris
1 batang kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
3 bunga cengkih
4 cawan air
6 sudu besar sos tomato
3 sudu teh garam

Cara Memasak:
1.   Basuh beras dan toskan.
2.   Di dalam kuali, panaskan mentega dan minyak sapi sehingga cair. Kemudian masukkan bawang
      besar, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Kacau seketika dan tutup api.
3.   Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Tambahkan bahan yang digoreng tadi.
4.   Kemudian masukkan air, sos tomato dan garam. Gaul sehingga sos rata dan masak nasi seperti
      biasa.


NASI TOMATO - Resepi II

Bahan-Bahan :
Beras Basmathi 1/2 Kg
Minyak sapi 2 sudu
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 2 biji
Kayu manis & rempah tumis
Daun pandan
Tomato 2 biji
Tomato puri 2 sudu
Serbuk perasa
Susu cair 1/4 tin (100 ml)

Cara memasak :
1.   Hiris bawang besar & bawang putih. Tumiskan dengan minyak sapi.
2.   Masukkan kayu manis & rempah tumis hingga naik bau.Tambah sedikit minyak masak jika perlu.
3.   Masukkan tomato yg sudah diblender & tomato puri. Tambah garam & rasa
4.   Basuh beras basmathi. Sukatan air dan beras ialah 1:1 (tidak termasuk minyak & susu cair)
5.   Masukkan bahan yg telah ditumis kedalam periuk nasi.
6.   Tambahkan susu cair kira-kira 1 suku tin (100ml), serbuk perasa (kuib ayam),
7.   Garam secukup rasa (gula sedikit jika mahu). Daun pandan untuk aroma.
8.   Apabila nasi telah tanak, masukkan kacang pis dalam tin dah gaulkan. Boleh jugak ditabur pada nasi

      yg sedia dihidang.