NASI TOMATO – Resepi 1
Bahan-bahan:
3 cawan beras - saya gunakan beras biasa je
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar - dihiris
1 batang kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
3 bunga cengkih
4 cawan air
6 sudu besar sos tomato
3 sudu teh garam
Cara Memasak:
1. Basuh beras dan toskan.
Bahan-bahan:
3 cawan beras - saya gunakan beras biasa je
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar - dihiris
1 batang kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
3 bunga cengkih
4 cawan air
6 sudu besar sos tomato
3 sudu teh garam
Cara Memasak:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Di dalam kuali,
panaskan mentega dan minyak sapi sehingga cair. Kemudian masukkan bawang
besar, kayu manis,
bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Kacau seketika dan tutup api.
3. Masukkan beras ke
dalam periuk nasi. Tambahkan bahan yang digoreng tadi.
4. Kemudian masukkan
air, sos tomato dan garam. Gaul sehingga sos rata dan masak nasi seperti
biasa.
NASI TOMATO - Resepi II
Bahan-Bahan :
Beras Basmathi 1/2 Kg
Minyak sapi 2 sudu
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 2 biji
Kayu manis & rempah tumis
Daun pandan
Tomato 2 biji
Tomato puri 2 sudu
Serbuk perasa
Susu cair 1/4 tin (100 ml)
Cara memasak :
1. Hiris bawang besar & bawang putih. Tumiskan dengan minyak sapi.
Bahan-Bahan :
Beras Basmathi 1/2 Kg
Minyak sapi 2 sudu
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 2 biji
Kayu manis & rempah tumis
Daun pandan
Tomato 2 biji
Tomato puri 2 sudu
Serbuk perasa
Susu cair 1/4 tin (100 ml)
Cara memasak :
1. Hiris bawang besar & bawang putih. Tumiskan dengan minyak sapi.
2. Masukkan kayu manis
& rempah tumis hingga naik bau.Tambah sedikit minyak masak jika perlu.
3. Masukkan tomato yg
sudah diblender & tomato puri. Tambah garam & rasa
4. Basuh beras
basmathi. Sukatan air dan beras ialah 1:1 (tidak termasuk minyak & susu
cair)
5. Masukkan bahan yg
telah ditumis kedalam periuk nasi.
6. Tambahkan susu cair
kira-kira 1 suku tin (100ml), serbuk perasa (kuib ayam),
7. Garam secukup rasa
(gula sedikit jika mahu). Daun pandan untuk aroma.
8. Apabila nasi telah
tanak, masukkan kacang pis dalam tin dah gaulkan. Boleh jugak ditabur pada nasi
yg sedia dihidang.
No comments:
Post a Comment