Sunday, 12 July 2015

RESEPI SERIMUKA DURIAN

Bahan A ( Bahagian Bawah)
500gm beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
2 tsp gula
2 tsp garam halus-anggaran 7 gram

Cara-caranya:-
1.    Rendam pulut sekejap. Basuh dan toskan
2.    Masukkan semua bahan diatas, gaul rata. Kukus selama 1/2 jam
3.    Apabila pulut masak, tekan pulut sehingga betul2 padat.

Bahagian B (Lapisan Atas)
250gm gula pasir
100 gram tepung gandum
400ml santan pekat
400ml air
isi durian anggaran 200 gram
4 biji telur dipukul sedikit
1/2 tsp garam halus anggaran 3-4 gram
pewarna kuning

Cara-caranya:-
1.    Campurkan semua bahan B dan kacau rata. Tapiskan
2.    Masak sekejap sahaja, sehingga naik wap.
3.    Kukus pulut yang telah di padatkan tadi sekejap, anggaran 5 minit.
4.    Masukkan adunan B dan kukus sehingga masak anggaran 30 minit. Guna loyang 10 x 10 x 2″.
      Guna api sederhana.


No comments:

Post a Comment