Sunday, 12 July 2015

RESIPI: Peanut Butter & Cornflakes Pops

Bahan-bahan:
1/2 cawan gula
1/2 cawan madu
250gm smooth peanut butter
Secubit garam (Izyan buh banyak sikit sebab suka sweet-salty heheh)
4 cawan cornflakes (bulih buh lebih kalau takmau manih-manih)
Segenggam badam nibs – disangai

Cara-cara:
1.    Masukkan gula dan madu ke dalam periuk di atas api sederhana sehingga gula larut dan kedua-dua
        bahan bergabung. Didihkan.
2.    Apabila mendidih, alihkan dari api. Masukkan peanut butter dan kacau sehingga sebati dengan
        didihan gula dan madu. Masukkan garam dan kacau rata.
3.    Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk besar. Tuangkan campuran peanut butter tadi ke atas
        cornflakes dan gaul rata. Sprinkle the almonds semasa menggaul.
4.    Masa tengah suam-suam ni bentukkan ikut kesukaan. buat bulat-bulat! Letakkan atas kertas
        minyak dan biarkan sejuk dan settle.

5.    Hiasan bebas mengikut kreativiti.  cairkan cooking chocolates sikit and drizzle on top!  Siap! 


No comments:

Post a Comment