Showing posts with label kueh tradisional. Show all posts
Showing posts with label kueh tradisional. Show all posts

Thursday, 4 June 2015

KUIH PERIA
Resepinya
3cwn tpg pulut
2 sdb tpg gandum
Sedikit garam
Santan cair secukupnya
Pewarna hijau epal
Lidi atau pisau plastik

Cara
Panaskan kukusan hgg air mendidih. sapu marjerin atau minyak pada loyang. Satukan semua bhn kecuali santan. masukkan santan sedikit demi sedikit. uli hgg tpg tidak melekat ditangan (jgn lembik sgt yer). agak2 mcm kuih koci. bulat2kan. masukkan inti. bentukkan membujur dan susun dlm loyang. amik lidi tekan2kan pada kuih atau cucukkan guna pisau plastik(jgn tekan kuat kalo x nampak inti x cantik) sy tertekan kuat so kurg cantik. kukus selama 15mnt.

Inti kelapa
Sebiji kelapa parut
3 / 4 cwn gula merah
1 sdb gula pasir
1 / 2 cwn air
Secubit garam
1-2 helai daun pandan diikat

Cara
Masak gula merah bersama ½ cwn air. Bila dah larut, tapiskan ke dlm kuali, masukkan gula garam dan daun pandan. bila mendidih masukkan kelapa parut. Kacau, bila agak kering taburkan tpg gandum. kacau n tutup biarkan sejuk.


"PAU KACANG MERAH"
Resepinya
Bahan A
1 1/2 cawan air suam kuku
1 paket yis
2sdb gula pasir
( Satukan semua dlm satu bekas. .. kacau dan biarkan 5 - 6minit lebih kurang )
Bahan B
4 1/2 cawan tepung pau ( tepung gandum pun boleh )
3sdb shortening ( guna marjerin pun boleh )
2 sdb susu pekat manis
1 1/2sdt double action baking powder ( baking powder biasa pun boleh )
( Satukan semua bahan Bhn B gaul hingga jadi serbuk)
Caranya
Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B. . gaul rata dan uli sebati selama 8 - 10mnt lbh kurang (8mnt pun ok) kemudian. .. .peram doh dlm bekas bertutup selama 15 minit di tempat yang bersuhu agak panas ( cth. . dlm kereta. . bawah cahaya matahari) Uli semula...bulat2kan. . ambil satu doh masukkan inti dan lapik dgn daun pisang. .peram lagi 15minit- 18minit jer tau. . ( jika pau inti kaya peram 15minit jer)
Sementara tunggu pau naik. panaskan air kukusan hgg mendidih..Bila pau dah naik ( cukup masa peram ) kukus selama 7 minit guna api besar. .
Tips = Setiap kali kukus pau yg seterusnya lap dahulu bawah penutup kukusan. 


Sunday, 31 May 2015

CARA MEMBUAT TALAM UBI KAYU
LAPISAN BAWAH 
700gm ubi kayu (parut, perah airnya dan ambil sagu sahaja & timbang)
100ml santan pekat
300ml air
250gm gula halus
sedikit pewarna kuning (lemon yellow + egg yellow) - saya cuma guna egg yellow

Cara-cara
1.     Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau rata.
2.     Masak semua bahan-bahan sehingga pekat.
3.     Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25minit.


LAPISAN ATAS
100gm tepung beras
50gm tepung ubi
50gm tepung gandum
2tsp garam 
200ml santan kotak 
800ml air

Cara-cara
1.     Satukan kesemua bahan-bahan dan tapis ke dalam periuk.
2.     Masak hingga naik wap.
3.     Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit. Sejukkan dan sila potong dengan pisau plastik untuk
        mendapatkan potongan kuih talam yang cantik.

Koci Pulut Hitam
Bahan
500gm tepung pulut putih
140gm tepung pulut hitam
2ketul kentang rebus dan lenyek
1tbsp garam
500-600ml air
Cara
Satukan kedua tepung dan garam , uli sedikit sedikit dengan air. Ambil 30 gm adunan, letakkan inti dan bulatkan
Masukkan kedalam dadih dan kukus.
Dadih
500ml santan pekat
500ml air
70gm tepung beras
1tbsp garam
Cara
Kacau atas api biar pekat.
Inti A
200gm gula merah
100gm gula putih
250ml air
2helai daun pandan
Masak hingga mendidih dan tapis
Inti B
500gm kelapa putih
2tbsp tepung pulut putih
1tsp garam
Satukan dengan bahan B,
Kacau atas api hingga kering