Saturday, 20 June 2015

Kuih Kaswi dan Lompang 

Resepinya
1 1/2 cawan tpg gandum
4 sudu makan tepung ubi
2 sudu makan tpg beras
3 cawan air
2 sudu makan air kapur (kapur makan = cair-cair je)
(air gula)
1 cawan + 1 sudu makan gula merah
2/3 cawan gula 
1 cawan air 
daun pandan disimpul
kelapa parut + sedikit garam = utk dimakan bersama kaswi atau lompang nanti

caranya
masak dulu air gula.. masukkan semua bahan air gula dan masak hingga gula larut dan hancur.. ketepikan dan sejukkan.. kemudian tapis sblm masuk dlm adunan

penyediaannya
panaskan periuk kukusan
satukan tpg gandum, tpg ubi dan tepung beras serta 3 cawan air..aduk sebati
kemudian masukkan air gula yang dah sejukkan serta ditapis kedalam adunan.. kacau sebati
sediakan loyang 7 X 7 dan 12 biji acuan lompang - sapu dgn minyak masak ye..
tuangkan dulu dlm acuan lompang sehingga penuh.. dan kukus selama 12-15 minit. dgn menutup tudung kukusan ngan kain
kemudian kukus pula lebihan adunan loyang 7X7 sekitar 45 minit sehingga sejam ...
tunggu sejuk baru boleh potong...serta digaul dgn kelapa+garam
acuan lompang pula kluarkan dgn ujung sudu atau pisau plastik..


Friday, 19 June 2015

Famous Amos Chocolate Chip Cookies - ( Cookies Monster smile emoticon )
Bahan² 
1 cawan gula kastor/halus - saya tukar dgn 1/2 gula perang
1 cawan gula perang 
1 cawan mentega
1 cawan minyak
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
4 cawan tepung gandum*
secubit garam
1 sudu kecil cream of tatar*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 cawan walnut cincang - kali ni saya guna 1 Cawan badam cincang
2 cawan semisweet chocolate chip
1 sudu kecil esen vanila
Yg bertanda ( * ) bahan saya ayak dulu..
Cara² 
Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.Saya gaul guna whisk je. *nak guna mixer pon boleh tp jgn pukul lama.
Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip
Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarak²kan sket sebab nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak perlu gris..
Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..
Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.


*AYAM GORENG BEREMPAH*
Resepinya
1/2 ekor ayam(dipotong ikut suka)
Bahan Kisar
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
Sebesar ibu jari lengkuas
3 batang serai
1 sdb jintan manis
1 sdb biji ketumbar
1 sdt jintan putih
2 sdb rempah kari daging
(Kisar semua bahan bersama sedikit air.. sikit jer airnya yer)
Bahan lain
1/2 sdb garam ( jgn banyak nanti masin)
2 sdb tepung jagung(kalo xde pun xpe)
3- 4 tangkai daun kari
Caranya
Masukkan tepung jagung dan garam dlm bahan kisar tadi dan gaul sebati..lumur pada ayam..
Perap selama 1- 2 jam(paling ok..perap semalaman)
Panaskan minyak..goreng dan tabur daun kari..bila dah masak toskan..


Pizza gardenia kari ayam cili bengggala

Bahan2nya:
-6 keping roti gardenia (disapu mentega)
-sos cili&mayonis
-1 biji cili benggala (dihiris nipis2)
-6 keping keju cheesedale
bahan tumis:
1 labu bawang besar (dadukan)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
2 sudu serbuk kari
2 sudu kecil garam
sedikit gula
isi ayam (dicincang)
1 biji kentang didadukan
1/2 biji timun didadukan
1/3 cawan air
1 sudu mentega.

cara penyediaan:
1)   cairkan mentega.tumis bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan
2)   masukkan rempah kari dan masak sampai garing
3)   masukkan isi ayam dan tmbah 1/3 cawan air..masak sampai ayam empuk dan hampir kering air..
4)   masukkan timun dan kentang
5)   masukkan garam dan gula..biar sebati dan padamkan api
6)   ketepikan
7)   susun roti gardenia yg dah disapu mentega dalam pemanggang vantage
8)   sapukan sos dan mayonis atas roti
9)   taburkan bahan yg ditumis dan hirisan cili benggala
10)  susun keju cheesedale atas roti
11)  tutup pan dan buka api paling kecil
12)  bakar sampai keju cair (lebih kurang 8-10mnt)


sedia hidang...sgt sedap..rangup




NASI GORENG BELACAN 

Bahan2:
2 mangkuk nasi ~ seeloknya nasi yg dah sejuk dan kemudian dileraikan
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 labu bawang besar
1/4 cawan udang kering ~ direndam 
5 - 7 bj cili padi ~ boleh tambah jika suka lebih pedas
belacan ~ lebih kurang 2 sudu besar 
2 sudu besar sos ikan
1 biji telur ~ dikocok
kobis secukupnya ~ dihiris
garam
sedikit gula
minyak

Cara:
Bawang besar, udang kering, cili padi dan belacan dikisar/tumbuk kasar.

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan kisar dan goreng sehingga garing.
Masukkan sos ikan, kobis, garam dan gula (jika suka). Kacau.
Ketepikan bahan2 tadi ditepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit kemudian dikacau bersama bahan2 lain tadi.
Masukkan nasi dah kacau hingga rata. Biarkan masak sekejap kemudian barulah dipadamkan api.
Angkat dan hidangkan bersama hirisan bawang goreng dan bahan2 tambahan seperti ayam goreng ataupun keropok ikan.



NASI TOMATO – Resepi 1

Bahan-bahan:
3 cawan beras - saya gunakan beras biasa je
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar - dihiris
1 batang kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
3 bunga cengkih
4 cawan air
6 sudu besar sos tomato
3 sudu teh garam

Cara Memasak:
1.   Basuh beras dan toskan.
2.   Di dalam kuali, panaskan mentega dan minyak sapi sehingga cair. Kemudian masukkan bawang
      besar, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Kacau seketika dan tutup api.
3.   Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Tambahkan bahan yang digoreng tadi.
4.   Kemudian masukkan air, sos tomato dan garam. Gaul sehingga sos rata dan masak nasi seperti
      biasa.


NASI TOMATO - Resepi II

Bahan-Bahan :
Beras Basmathi 1/2 Kg
Minyak sapi 2 sudu
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 2 biji
Kayu manis & rempah tumis
Daun pandan
Tomato 2 biji
Tomato puri 2 sudu
Serbuk perasa
Susu cair 1/4 tin (100 ml)

Cara memasak :
1.   Hiris bawang besar & bawang putih. Tumiskan dengan minyak sapi.
2.   Masukkan kayu manis & rempah tumis hingga naik bau.Tambah sedikit minyak masak jika perlu.
3.   Masukkan tomato yg sudah diblender & tomato puri. Tambah garam & rasa
4.   Basuh beras basmathi. Sukatan air dan beras ialah 1:1 (tidak termasuk minyak & susu cair)
5.   Masukkan bahan yg telah ditumis kedalam periuk nasi.
6.   Tambahkan susu cair kira-kira 1 suku tin (100ml), serbuk perasa (kuib ayam),
7.   Garam secukup rasa (gula sedikit jika mahu). Daun pandan untuk aroma.
8.   Apabila nasi telah tanak, masukkan kacang pis dalam tin dah gaulkan. Boleh jugak ditabur pada nasi

      yg sedia dihidang.


RESEPI KENTANG GORENG RANGGUP
BAHAN:-
3 BIJI KENTANG
2 SUDU MAKAN CUKA
500ML AIR
SEDIKIT PERENCAH MAGGI KARI
SEDIKIT PERENCAH PASTI SEDAP KNORR
MINYAK UNTUK MENGGORENG

CARA MEMASAKNYA:
1.     HIRIS KENTANG NIPIS2 MENGGUNAKAN PISAU BUAH
2.     DIDIHKAN AIR BERSAMA CUKA TERLEBIH DAHULU. KEMUDIAN MASUKKAN HIRISAN KENTANG TADI. PERLAHANKAN API. RENDAM SELAMA 3 MINIT.
3.     ANGKAT DAN CUCI KENTANG TERSEBUT DAN TOSKAN SEBELUM MENGGORENG.
4.     PANASKAN MINYAK. GORENG DENGAN API SEDERHANA BESAR. BILA NAMPAK KEKUNINGAN, ANGKAT DAN TOSKAN.
5.     TABUR SEDIKIT PERENCAH MAGGI KARI DAN PERENCAH PASTI SEDAP KNORR ATAU APA2 PERENCAH YANG ANDA SUKA.