Sunday, 12 July 2015

RESIPI: Peanut Butter & Cornflakes Pops

Bahan-bahan:
1/2 cawan gula
1/2 cawan madu
250gm smooth peanut butter
Secubit garam (Izyan buh banyak sikit sebab suka sweet-salty heheh)
4 cawan cornflakes (bulih buh lebih kalau takmau manih-manih)
Segenggam badam nibs – disangai

Cara-cara:
1.    Masukkan gula dan madu ke dalam periuk di atas api sederhana sehingga gula larut dan kedua-dua
        bahan bergabung. Didihkan.
2.    Apabila mendidih, alihkan dari api. Masukkan peanut butter dan kacau sehingga sebati dengan
        didihan gula dan madu. Masukkan garam dan kacau rata.
3.    Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk besar. Tuangkan campuran peanut butter tadi ke atas
        cornflakes dan gaul rata. Sprinkle the almonds semasa menggaul.
4.    Masa tengah suam-suam ni bentukkan ikut kesukaan. buat bulat-bulat! Letakkan atas kertas
        minyak dan biarkan sejuk dan settle.

5.    Hiasan bebas mengikut kreativiti.  cairkan cooking chocolates sikit and drizzle on top!  Siap! 


Resepi Kuih Serabai dan Kuah Durian

bahan2
2 cawan tpg beras
3/4 cawan nasi sejuk
1 sudu kecik yis
1/2 cawan santan 
1 cawan air
1/2 cawan air suam 
2 sudu besar gula
sedikit garam

caranya
1.    yis, gula dan sedikit air suam dicampur dlm 1 bekas biarkan selama 5 mnit utk memastikan yis aktif
2.    kisar nasi sejuk dengan 1 cawan air tadi..dah hancur nasi tu masukkan garam,tepung beras ,
        santan,dan bancuhan yis tadi kacau sebati
3.    Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup 
4.    Panaskan acuan kuih serabai atau dlm pan kecik ke atau dlm acuan kuih bakar. sapu dgn sedikit minyak dlm acuan tersebut...dah betul2 panas acuan tu masukkan adunan dlm acuan. sederhanakan
        api dapur dan tutup acuan. agak2 dah kering permukaan atas tu menandakan ia dah masak...cungkil
        guna bende tajam tuk kluarkan kuih dr acuan

utk kuah durian
1 keping gula melaka
2 mgkuk santan sederhana pekat
durian 2@3 ulas
gula jika perlu
daun pandan disimpul
sedikit garam
1 sudu tpg gandum*
sedikit air *
* gandum dan air bancuh terlebih dahulu


caranya
gula melaka dan sedikit air ..dimasak dahulu kemudian ditapis tuk membuang bendasing masukkan santan, durian, daun pandan, sedikit garam dan bancuhan air gula tadi.. masak hingga mendidih dan sentiasa dikacau.. jika kurang manis tambah la gula dan masukkan campuran gandum tadi tuk memekatkan kuah ..kacau sentiasa dan sehingga masak.


Maruku Ranggup

Bahan-bahannya:
300g tepung pulut
200g tepung kacang kuda/cheak peas
1sudu besar serbuk cili
1/2sudu besar garam halus
60gm marjerin yang dicairkan dan masih panas
2 biji telur
1sudu besar jintan manis** disangrai dahulu/digoreng tanpa minyak
1sudu besar jintan putih** disangarai dahulu
1sdb gula
segenggam udang kering dibersihkan dan kisar halus -
250ml santan cair - air ni boleh letak sikit2 shingga doh menjadi lembut dan tak lekat ditangan..sukatan air ni sesuai

Cara2 nak membuat:
1.      Tumbuk atau kisar jintan manis, jintan putih dan udang kering hingga halus/hancur
2.      satukan bahan-bahan kering .. gaul sebati .. masukkan marjerin cair dan telor n santan cair
         gaul lagi hingga jadi doh lembut doh ni tak lekat kat tangan
3.      panaskan minyak masak..sebelum pusingkan adunan ramas2 dulu daun kari masuk dlm
minyak panas tadi biar bau kari tu melekat pada maruku kita nanti dn pusing adunan. dah kekuningan boleh angkat

Saturday, 20 June 2015

Kuih Kaswi dan Lompang 

Resepinya
1 1/2 cawan tpg gandum
4 sudu makan tepung ubi
2 sudu makan tpg beras
3 cawan air
2 sudu makan air kapur (kapur makan = cair-cair je)
(air gula)
1 cawan + 1 sudu makan gula merah
2/3 cawan gula 
1 cawan air 
daun pandan disimpul
kelapa parut + sedikit garam = utk dimakan bersama kaswi atau lompang nanti

caranya
masak dulu air gula.. masukkan semua bahan air gula dan masak hingga gula larut dan hancur.. ketepikan dan sejukkan.. kemudian tapis sblm masuk dlm adunan

penyediaannya
panaskan periuk kukusan
satukan tpg gandum, tpg ubi dan tepung beras serta 3 cawan air..aduk sebati
kemudian masukkan air gula yang dah sejukkan serta ditapis kedalam adunan.. kacau sebati
sediakan loyang 7 X 7 dan 12 biji acuan lompang - sapu dgn minyak masak ye..
tuangkan dulu dlm acuan lompang sehingga penuh.. dan kukus selama 12-15 minit. dgn menutup tudung kukusan ngan kain
kemudian kukus pula lebihan adunan loyang 7X7 sekitar 45 minit sehingga sejam ...
tunggu sejuk baru boleh potong...serta digaul dgn kelapa+garam
acuan lompang pula kluarkan dgn ujung sudu atau pisau plastik..


Friday, 19 June 2015

Famous Amos Chocolate Chip Cookies - ( Cookies Monster smile emoticon )
Bahan² 
1 cawan gula kastor/halus - saya tukar dgn 1/2 gula perang
1 cawan gula perang 
1 cawan mentega
1 cawan minyak
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
4 cawan tepung gandum*
secubit garam
1 sudu kecil cream of tatar*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 cawan walnut cincang - kali ni saya guna 1 Cawan badam cincang
2 cawan semisweet chocolate chip
1 sudu kecil esen vanila
Yg bertanda ( * ) bahan saya ayak dulu..
Cara² 
Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.Saya gaul guna whisk je. *nak guna mixer pon boleh tp jgn pukul lama.
Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip
Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarak²kan sket sebab nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak perlu gris..
Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..
Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.


*AYAM GORENG BEREMPAH*
Resepinya
1/2 ekor ayam(dipotong ikut suka)
Bahan Kisar
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
Sebesar ibu jari lengkuas
3 batang serai
1 sdb jintan manis
1 sdb biji ketumbar
1 sdt jintan putih
2 sdb rempah kari daging
(Kisar semua bahan bersama sedikit air.. sikit jer airnya yer)
Bahan lain
1/2 sdb garam ( jgn banyak nanti masin)
2 sdb tepung jagung(kalo xde pun xpe)
3- 4 tangkai daun kari
Caranya
Masukkan tepung jagung dan garam dlm bahan kisar tadi dan gaul sebati..lumur pada ayam..
Perap selama 1- 2 jam(paling ok..perap semalaman)
Panaskan minyak..goreng dan tabur daun kari..bila dah masak toskan..


Pizza gardenia kari ayam cili bengggala

Bahan2nya:
-6 keping roti gardenia (disapu mentega)
-sos cili&mayonis
-1 biji cili benggala (dihiris nipis2)
-6 keping keju cheesedale
bahan tumis:
1 labu bawang besar (dadukan)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
2 sudu serbuk kari
2 sudu kecil garam
sedikit gula
isi ayam (dicincang)
1 biji kentang didadukan
1/2 biji timun didadukan
1/3 cawan air
1 sudu mentega.

cara penyediaan:
1)   cairkan mentega.tumis bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan
2)   masukkan rempah kari dan masak sampai garing
3)   masukkan isi ayam dan tmbah 1/3 cawan air..masak sampai ayam empuk dan hampir kering air..
4)   masukkan timun dan kentang
5)   masukkan garam dan gula..biar sebati dan padamkan api
6)   ketepikan
7)   susun roti gardenia yg dah disapu mentega dalam pemanggang vantage
8)   sapukan sos dan mayonis atas roti
9)   taburkan bahan yg ditumis dan hirisan cili benggala
10)  susun keju cheesedale atas roti
11)  tutup pan dan buka api paling kecil
12)  bakar sampai keju cair (lebih kurang 8-10mnt)


sedia hidang...sgt sedap..rangup