Sunday, 16 August 2015

Cara Buat Nasi Kukus

Bahan-Bahan:
4 cawan beras -rendam selama 1 jam
3 cawan air
2 helai daun pandan (simpul)

Cara Memasak:
1.         Cuci bersih beras dan rendam sekejap. Kemudian toskan beras.
2.         Didihkan air dalam pengukus. Masukkan daun pandan simpul dalam air. Masukkan beras ke
             dalam kukusan dan buat lubang supaya beras masak sekata.
3.         Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak (beras kelihatan sedikit kering)
4.         Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk (Tukar
             air selalu supaya beras cepat sejuk).
5.         Beras akan mengembang dan memanjang. lebih kurang satu kali ganda. Kukus semula beras
             tadi lebih kurang 10-15 minit.
6.         Keluarkan beras tadi dan gaul dengan air (3 cawan air). Biar seketika (dalam 10 min) supaya air
             tadi menyerap masuk ke dalam beras.
7.         Kukus lagi hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik (lebih kurang kukus 15 min).
8.         Enak dihidang bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan hirisan timun serta kuah

             kari daging.


"SERI MUKA DURIAN"

Resipinya(loyang saiz 10')

Bahagian Bawah
2 1/2 cawan beras pulut ( rendam selama 1 jam... kemudian basuh dan toskan)
1- 2 helai daun pandan ( simpulkan)
1/ 2sdt garam
Santan secukupnya ( sekadar menutupi pulut)

Caranya
Sapu marjerin dlm loyang... lapikkan plastik... masukkan beras pulut...garam.. daun pandan dan santan.. .pastikan santan menutupi pulut(jgn byk tau.. betul2 sama paras ngan beras pulut)
Kukus selama 20mnt.. dah siap.. tekan2 sikit pulut bg padat guna senduk.. .

Bahagian Atas
1 cawan isi durian
3/4 cawan gula ( bleh tambah kalo suka manis)
1/ 2sdt garam
1 1/ 2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 sdb tpg beras
1 sdb tpg kastard
Sedikit pewarna kuning

Caranya
Satukan semua bahan... kisar seketika dan masukkan ke dalam periuk... masak seketika sambil kacau hingga naik wap(api sederhana yer)
Tuang adunan pada pulut tadi.. . dan kukus selama 25mnt.. guna api sederhana.. (setiap 5 mnt buka tudung kukusan dan lap bawah tudung kukusan).

Bila dah cukup 25 mnt... buka tudung kukusan dan kukus lagi 10mnt.. . biarkan betul2 sejuk baru potong...


CANDY KELAPA

BAHAN2NYA
500 gm kelapa parut putih
500 gm susu pekat (1 tin)
350 gm gula
2 sudu makan ghee atau pun mentega
1 sudu makan vanilla
Warna secukup nya

Tray size 11 x 8 inci di sapu dengan ghee


CARA2 MEMBUATNYA
Masukkan kelapa,gula dan susu pekat dalam kuali kacau hingga mendidh dan seterusnya hingga pekat. Masuk warna dan terus kacau hingga pekat lagi.

Masuk ghee dan vanilla kacau hingga adunan tidak melekat kepada kuali dan bila di tekan dengan pisau plastic tak melekat( ini kena pandai kalau tidak tak keras).

Masukkan ke dalam tray dan ratakan sampai padat. Bila sejuk boleh dipotong.


Tuesday, 14 July 2015

Resepi Nasi Tomato by Tahrunnisah Jali

NASI TOMATO
Bahan2nya:
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air
sedikit halia
1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu
2 ulas bawang putih potong dadu
bahan penumis,( kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
3 sudu besar tomato paste
1 kiub pati ayam
sebatang serai diketuk
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi
dan sedikit minyak tuk menumis
garam
hiasan daun pudina dan bawang goreng

Cara memasaknya
1.    Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap
2.    Dalam Kuali ..panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia
        serta bahan penumis
3.    Tumis sehingga naik bau...masukkan tomato paste, serai, kacau sebati.
4.    Kemudian toskan beras dan masukkan dlm rice cooker dan masukkan bahan tumis tadi serta
        air...dan garam.. tanak seperti tanak nasi..dah masak baru kacau perlahan2 supaya nasi tak patah2
        ye...## sukatan air bergantung pada beras yg digunakan... Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya
         1/2 cawan ...


AYAM MASAK MERAH
Bahan2nya:
1/2 ekor ayam dpotong kecil
2 biji bawang besar saiz sederhana*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar
2 sudu besar tomato paste
2 sudu besar sos cili/sos tomato
garam
gula
minyak utk menumis
dan bawang besar dipotong bulat tuk hiasan

Cara memasaknya
1.    ayam dipotong kecil dan dibersihkan serta ditoskan dan digoreng garam kunyit.
2.    kisar bawang besar, bawang putih dan halia
3.    Tumis bahan kisar dan lada sehingga pecah minyak..tumis biar agak lama dgn api perlahan
4.    masukkan tomato paste, sos cili/sos tomato
5.    dah agak2 kering masukkan gula dulu dan masukkan air sedikit dan perasakan dgn garam 
6.    masukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis.


Resepi Dalca daging, hati dan paru lembu dan sayur
Bahan2nya:
300 gm daging lembu dipotong kecil
hati lembu dipotong kecil
paru lembu (diptong dan direbus terlebih dahulu biar empuk)
2 biji bawang besar sederhana saiz
3 ulas bawang putih
3 sudu rempah dalca
1 mangkuk santan
sedikit halia
sedikit air asam jawa
bahan penumis
minyak masak
garam dan sedikit gula
sayur
kacang panjang
terung
bendi
ubi kentang
lada hijau
carrot

Cara memasaknya
1.    Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar halus serta bahan penumis sehingga naik
        bau, kemudian masukkan rempah dalca..biarkan ia sebati dan pecah minyak
2.    masukkan sedikit air dan masukkan daging lembu biarkan ia empuk..kemudian masukkan hati lembu
        dan paru lembu
3.    Kemudian baru masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula
4.    Jika agak pekat masukkan sedikit air dan masukkan air asam jawa
5.    Setelah mendidih masukkan sayur yang telah dipotong... biarkan ia masak.


ACAR TIMUN
Bahan2nya:
timun dipotong memanjang dibuang empulurnya
Carrot dipotong memanjang
nenas di potong
bawang di mayang halus
sedikit cuka
garam dan gula
air kapur


Cara memasaknya
timun,bawang dan carrot setelah dipotong di rendam kejap ngan air kapur utk merangupkan. setelah itu bersihkan kembali timun tadi kemudian masukkan cuka sedikit, garam dan gula..dan nenas. kacau sebati dan boleh masuk dlm peti ais.


Sunday, 12 July 2015

Agar2 Gula Merah

Resepinya
1paket agar2 tali 20g
6cwn air
1cwn gula merah
1/4cwn gula pasir
2cwn santan
2bj telur
1 helai daun pandan di ikat
Secubit garam

Cara
Sejukkan loyang dlm peti beku (10mnt)
Santan+garam+telur di kocak jgn blender. ..ketepikan
Masak agar2, air dan daun pandan dlm periuk.
bila agar2 hancur masukkan gula merah dan gula pasir. bila larut tapiskan dlm periuk lain.
Masak semula hgg mendidih...bila mendidih masukkan santan tadi...kacau hgg mendidih. ..tutup api dan tuang dlm loyang.sejukkan di bwh kipas. ..bila bhgian atas agar2 agak beku masukkan dlm peti sejuk bhgian bwh.

RESEPI SERIMUKA DURIAN

Bahan A ( Bahagian Bawah)
500gm beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
2 tsp gula
2 tsp garam halus-anggaran 7 gram

Cara-caranya:-
1.    Rendam pulut sekejap. Basuh dan toskan
2.    Masukkan semua bahan diatas, gaul rata. Kukus selama 1/2 jam
3.    Apabila pulut masak, tekan pulut sehingga betul2 padat.

Bahagian B (Lapisan Atas)
250gm gula pasir
100 gram tepung gandum
400ml santan pekat
400ml air
isi durian anggaran 200 gram
4 biji telur dipukul sedikit
1/2 tsp garam halus anggaran 3-4 gram
pewarna kuning

Cara-caranya:-
1.    Campurkan semua bahan B dan kacau rata. Tapiskan
2.    Masak sekejap sahaja, sehingga naik wap.
3.    Kukus pulut yang telah di padatkan tadi sekejap, anggaran 5 minit.
4.    Masukkan adunan B dan kukus sehingga masak anggaran 30 minit. Guna loyang 10 x 10 x 2″.
      Guna api sederhana.


Butter Prawn

Bahan- bahan :
15 ekor udang galah
6 batang cili padi
4 ulas bawang putih
2 batang kecil daun kari
1 sudu kecil lada sulah(kasar)
1 sudu butter
3 biji telur (Kuning Sahaja)
sedikit garam
sedikit minyak masak
sedikit minyak bijan
sedikit susu cair

Cara-caranya :
1)        Mula2 bersihkan udang. Peram udang dengan sedikit garam dan lada sulah. Biarkan seketika.
2)        Panaskan minyak dan butter.
3)        Pecahkan telur & kacau kuning telur hingga sebati
4)        Bila minyak dan butter sudah panas, masukkan telur kuning. pastikan guna api sederhana. Sambil masukkan kuning telur sambil kacau minyak tu supaya dapat serdak yang betul2 cantik. kacau laju2 tapi pastikan semuanya dalam kawalan. (proses ini kena menggunakan kedua2 belah tangan).
5)        Bila telur sudah masak ianya akan kelihatan seperti serdak. Pastikan ianya terapung untuk menunjukkan ianya sudah masak.
6)        Angkat dan toskan. gunakan minyak tadi untuk menggoreng udang.
7)        Goreng udang separuh masak sahaja. angkat dan toskan
8)        Tumbuk cili padi dan bawang putih. masih menggunakan minyak tadi. tumis rempah tumbuk tadi bersama daun kari. masukkan setengah cawan susu cair dan masak sampai mendidih
9)        Masukkan udang tadi. masa ni boleh serasikan rasa...kalau tak masin boleh tambah garam. Letakkan sedikit minyak bijan untuk menaikkan bau udang tersebut
10)      Bubuh dalam pinggan dan Taburkan serdak telur di atas udang.


Note : Jika mahukan sedikit kemanisan dalam masakan, anda letakkan sedikit gula bagi menambah rasa.