Sunday, 31 May 2015

SOTO 
Oleh:Anna Camfrog
www.bukuresepi.com
Bahan-Bahan
Nasi impit segera
Ayam 4 ketul
~bubuh kunyit, garam lalu digoreng~
Kacang tanah
~digoreng~
Kentang
~potong sderhana, bubuh kunyit dan garam lalu dgoreng~
Daun sup, tauge dan bawang goreng
BAHAN SAMBAL KICAP
*5biji cili padi
*1biji cili besar
*1ulas bwang putih
Kicap scukupnya
Ajinamoto
Sdikit gula
~tumbuk semua bahan bertanda *. Masukkan kicap, sbatikan rasa dgn gula dan ajinamoto...ok siap
BAHAN SUP AYAM
Ayam 5 ketul
*3ulas bwang merah
*2ulas bwang putih
*Halia
Sup bonjot
Kayu manis
Bunga lawang
Kiub ayam
Sdikit lada serbuk lada putih
Air scukupnya
Garam
Ajinamoto
~tumbuk lumat bahan2 bertanda *
~Panaskn sdikit minyak utk mnumis, tumis bahan yg dtumbuk, bunga lawang, kayu manis, smpai naik bau, masukan air,sup bonjut, kiub ayam dan masukan ayam ( air sparas ayam dulu ) masuk garam,serbuk lada putih dan ajinamoto..tutup..tunggu daging ayam lembut selepas itu baru masukkan air scukupnya, sebatikan rasa garam,ajinamoto.( saya mgunakan teknik air paras ayam kerna mahu ayam dpt mresap semua bahan2, pendapat saya, klu terus masukkn air bnyk2, daging ayam akn tawar didlmnya....ini kerna dia xdpt mresap smpai kedlm...ni pendapat saya saje..hihiii ) stelah mdidih, rasa pon dh sbati, ayam pon dh masak...tutup api...siap
~cara hidangan
Potong nasi impit, masukan mangkuk yg sesuai, tuangkan sup, masukkan aym goreng, kacang, kentang, taugeh, daun sup dan bwang goreng....sambal kicap jgn lupa...siap



Roti Celup Coklat Bersalut Nestum (suka2 ajer)




CARA MEMBUAT TALAM UBI KAYU
LAPISAN BAWAH 
700gm ubi kayu (parut, perah airnya dan ambil sagu sahaja & timbang)
100ml santan pekat
300ml air
250gm gula halus
sedikit pewarna kuning (lemon yellow + egg yellow) - saya cuma guna egg yellow

Cara-cara
1.     Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau rata.
2.     Masak semua bahan-bahan sehingga pekat.
3.     Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25minit.


LAPISAN ATAS
100gm tepung beras
50gm tepung ubi
50gm tepung gandum
2tsp garam 
200ml santan kotak 
800ml air

Cara-cara
1.     Satukan kesemua bahan-bahan dan tapis ke dalam periuk.
2.     Masak hingga naik wap.
3.     Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit. Sejukkan dan sila potong dengan pisau plastik untuk
        mendapatkan potongan kuih talam yang cantik.

Koci Pulut Hitam
Bahan
500gm tepung pulut putih
140gm tepung pulut hitam
2ketul kentang rebus dan lenyek
1tbsp garam
500-600ml air
Cara
Satukan kedua tepung dan garam , uli sedikit sedikit dengan air. Ambil 30 gm adunan, letakkan inti dan bulatkan
Masukkan kedalam dadih dan kukus.
Dadih
500ml santan pekat
500ml air
70gm tepung beras
1tbsp garam
Cara
Kacau atas api biar pekat.
Inti A
200gm gula merah
100gm gula putih
250ml air
2helai daun pandan
Masak hingga mendidih dan tapis
Inti B
500gm kelapa putih
2tbsp tepung pulut putih
1tsp garam
Satukan dengan bahan B,
Kacau atas api hingga kering

BLACK PEPPER SAUCE
Resepi : Chef Amer Hamzah
Bahan - bahan :
40 gm mentega
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 gm bawang Holland
10 gm carrot
10 gm Celerry
1 keping Bay Leaf
1 gm Thyme
1 gm Oregano
1 gm Parsley
15 gm lada hitam biji
20 gm serbuk Stok Perang ~ jenama Knor
20 gm tepung
600 ml air
15 gm gula
5 gm garam
5 gm serbuk secukup rasa
25 ml krim tenusu
Bawang putih, bawang merah, bawang Holland dikisar halus
Karot dan celery juga di kisar
Lada hitam pula ditumbuk atau dikisar kasar
Bahan-bahan ini dikisar tanpa menggunakan air
1.Mula-mula kita panaskan mentega
2. tambahkan sedikit minyak olive oil
3.Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang Holland hingga garing
4.Kemudian masukkan karot dan celery masak lagi hingga garing
Selepas itu kita masukkan pula daun bay dan herba kacau perlahan
6.Masukkan pula tepung dan serbuk stok perang dan kacau hingga ia menjadi pes yang pekat dan hitam
7.Masukkan lada hitam dan kacau dengan api perlahan hingga naik bau
8.Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil di kacau hingga kuahnya sedikit pekat
9.Akhir sekali masukkan krim dan kacau rata.
Jom share. Dan selamat mencuba semua sis

NASI HUJAN PANAS
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Resepi Kenduri Kahwin


3 cawan beras Basmathi ~ rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
10 gm bawang goreng
garam secukup rasa
Rempah tumis
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan di simpul
Bahan ini di goreng tanpa minyak boleh juga jika ingin di bakar dahulu
10 gm badam
10 gm kismis
10 gm gajus
Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia
BISKUT RED VELVET


RESEPINYA
120g Butter
10g minyak sapi
80g gula aising
120g tepung gandum
50g tepung beras
50g badam cincang (sangai seketika dan biarkan sejuk)
1 biji kuning telur
1 sdb serbuk koko
1/2 sdt esen vanilla
1/2 sdb pewarna merah
30g coklat chips
HIASAN
Coklat chips
Cokat masakan putih
CARA MEMBUATNYA
Putarkan gula.. butter dan minyak sapi selama 4-5 mnt.. .masukkan kuning telur putar seketika.. masukkan tepung gandum. . tepung beras dan serbuk koko.. uli..masukkan badam cincang dan coklat chips.. uli sebati..bulat2kan sebesar duit syiling 10 sen... letak dlm tray.. ambil garpu.. tekan atas doh.. letak coklat chips jika suka... bakar selama 20- 25 mnt ( hingga masak) suhu 180'..
Biarkan biskut sejuk sebentar. .. cairkan coklat masakan putih secara double boiler.. masukkan coklat dlm piping bag plastik(kalo xde plastik pun boleh) potong sikit hujungnya.. pipe atas biskut.. bila coklat dah beku bleh simpan dlm bekas kedap udara.. . siap..
Kerabu Kacang Botol dan Taugeh


Resepinya
15 biji kacang botol (hiris tidak terlalu nipis atau tebal.. basuh..toskan)
Segenggam taugeh (lebih kurang 1 cawan nak letak lebih pun boleh )
1 sdb gula
1 sdt garam
Sedikit bahan perasa ( jika suka)
5 sdb kelapa parut tumbuk sedikit dlm lesung batu..( nk letak lebih pun boleh)
Sedikit minyak utk menumis
Bahan tumbuk
1 biji bawang besar
2-3 ulas bawang putih
Sedikit ubi cekur ( sy x letak sebab xde)
3 biji cili besar/ cili merah
5 biji cili padi
1/2 sdt serbuk kunyit
Sedikit ikan bilis ( udang kering pun boleh)
(Tumbuk semua bahan guna lesung batu hingga hampir lumat)
Caranya
Panaskan 3 sdb minyak masak lebih kurang(jgn byk tau).. tumis bahan tumbuk hingga naik bau.. masukkan kelapa parut yg ditumbuk tadi. . masukkan garam.. gula.. bahan perasa.. kacau rata.. bila kelapa da berubah warna dan sebati dgn bahan tumbuk.. . masukkan kacang botol.. kacau 2- 3mint jer.. masukkan taugeh.. kacau hingga rata 1-2minit jer... tutup api.. siap utk dihidang..
P/S=Jangan masak terlalu lama supaya keranggupan kacang botol dpt dinikmati.. bleh juga hiriskan daun cekur dan masukkan ke dalam kerabu..
Resepi Durian Crepe versi Tahrunnisah Jali 
(Step by Step untuk yang baru nak berjinak dlm membuat DC ni dan untuk memudahkan rakan2 fb mempelajarinya)
Kulit/crepe (18-20 keping )
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu besar tepung ubi kentang
1 sudu besar tepung kastard
1 1/2 sudu besar tepung hong kong
sedikit garam
2 sudu besar gula icing
2 biji telur saiz B
1 sudu besar minyak jagung
3/4 cawan air (210ml)
1/2 cawan susu segar (130ml)
sedikit esen vanila
beberapa titik pewarna kuning@ jenis serbuk isi sikit je ye
Filling Kastard + Durian
2 sudu besar gula
20 gm tepung kastard
250 ml susu segar
2 biji kuning telor
isi durian yang dihancurkan
Filling Whipping Cream
500gm whipping cream
2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)
caranya utk kulit/crepe ~ cara nak dptkan crepe yang nipis
1. Kesemua tepung di atas di ayak terlebih dahulu
2. Masukkan kedalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telor yang dipukul sebati,                     dan masukkan air serta susu segar dan pewarna kuning. kacau guna whisk tangan je ye..kemudian tapis
3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana. Sapu sikit pan ngan minyak. (saya guna           tisu paper)..dah panas pan tu..angkat kejap pan dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan.                             lenggangkn pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan tadi..kemudian letak balik     atas dapur .(saya tak guna senduk pun tuk ratakan kulit tu..just layang2 kan/lenggangkan je shingga memenuhi               permukaan) kejap je letak atas dapur ye kemudian angkat..jangan lama sbb nanti hangus kulitnya.tak payah                     terbalikkan sebb ia nipis mudah sangat masaknya
4. Ulangi hingga habis. boleh ditindih2 kulitnya insyaallah tak melekat
cara untuk Filling Kastard + Durian
1. Dalam periuk non stick masukkan gula, tpg kastard, 2 biji kuning telor,dan susu segar dlm 4 sudu dulu..Kacau                 hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi
2. Panaskn api dapur dn masak menggunakan api sederhana hgga kental/pekat. tutup api dan sejukkan kastard filling.
3. Isi Durian dihancurkan dan dicampur bersama dgn kastard filling dn masukkn ke dlm piping bag. masukkn                       kedlm peti ais supaya ia tak cair
cara untuk filling Whipping Cream..
1. Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream             anda tawar.. Jika whipping cream anda sudah manis abaikan gula icing tu..
2. Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan kedalam piping bag dan letak dlm freezer                         sekejap supaya tak mencair.
Sekarang masa utk "membantalkan durian crepe"
sediakan kulit, letak whipping cream dulu (dlm gambar) , kemudian letak pula filling kastard+durian dan letak semula whipping atas kastard tadi..Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal..haaa dah siap masukkan dlm freezer kejap dlm sejam dua supaya ia mengeras(jika durian crepe yang baru kluar dr freezer tu keras kejung tunggu biar kejap pada suhu bilik (tak lembut tak keras sangat)dan boleh dimakan..jgn keras sangat kang tercabut gigi cari saya plak) 
Selamat Mencuba.