Showing posts with label biskut raya. Show all posts
Showing posts with label biskut raya. Show all posts

Thursday, 4 June 2015

Biskut Arab Susu

Bahan-Bahan:
2 cwn Susu tepung ( biasa guna susu nespray)
2 cwn minyk sapi-(tak perlu di cairkan dulu)
sedikit garam
7 cwn tepung gandum(di ayak)
ceri merah secukupnya-potong kecil2
** Gula aising ( utk gaul biskut bila dah masak sahaja)


Cara-Cara:
Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh. Bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak (15-20min) pada suhu 180 C. Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising..siap!


COOKIES. idea dr Kak Shima Sweets N Bites.

Resepinya
250g mentega (sy guna buttercup)
3/4 cawan brown sugar@gula perang
1 biji telur
1 sdt esen vanilla
2 cawan tepung self - raising (sy tambah lg 1/4cawan)
1/ 2 sdt soda bikarbonat
Coklat chips secukupnya
Kacang badam cincang secukupnya (sangan dan sejukkan..baru guna yer)

Caranya
Pukul mentega hingga jadi cream 3- 4mnt. masukkan brown sugar. pukul 2- 3minit, masukkan telur dan esen vanilla. pukul 1 minit jer. masukkan tepung gaul guna senduk jer. masukkan coklat chips dan kacang badam. gaul sebati (adunan memang lembik yer).


Sapu marjerin pada loyang. guna sudu plastik cedok adunan dan letakkan atas loyang sebesar duit syiling 20sen. jgn terlalu rapat kerana biskut akan mengembang. bakar selama 15- 18mnt (hingga masak) suhu 150'-160'. jika selepas siap masak biskut masih lembut. biarkan jer. bila biskut tu da betul2 sejuk biskut tu akan keras dan ranggup.


"SEMPERIT"(try resepi k. Auni Azalia)
Bahan2
250g butter Anchor
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula aising ( sy letak 3/4 cawan jer)
1 biji kuning telur
Sedikit esen vanilla
Pewarna pilihan
Caranya
Pukul gula.. butter.. telur.. esen.. sekadar sebati.. jangan lama nanti bunga jatuh dan kembang.. (sy kacau guna senduk jer) masukkan semua jenis tepung.. uli..tambah sikit tepung gandum dan tepung jagung jika terlalu lembik.. (jgn keras tau.. nanti sakit jari nk tekan) bila dah x lekat ditangan kira ok ler tu..bahagikan kpd warna yg disukai.. terap guna acuan.. bakar selama 25- 30minit suhu 180*. .

P/S= ***jika nak bunga tu kekal cantik lepas bakar.. jgn pukul gula.. butter sampai kembang tau..sekadar sebati jer ..sebaiknya kacau guna senduk jer..***


Sunday, 31 May 2015

BISKUT RED VELVET


RESEPINYA
120g Butter
10g minyak sapi
80g gula aising
120g tepung gandum
50g tepung beras
50g badam cincang (sangai seketika dan biarkan sejuk)
1 biji kuning telur
1 sdb serbuk koko
1/2 sdt esen vanilla
1/2 sdb pewarna merah
30g coklat chips
HIASAN
Coklat chips
Cokat masakan putih
CARA MEMBUATNYA
Putarkan gula.. butter dan minyak sapi selama 4-5 mnt.. .masukkan kuning telur putar seketika.. masukkan tepung gandum. . tepung beras dan serbuk koko.. uli..masukkan badam cincang dan coklat chips.. uli sebati..bulat2kan sebesar duit syiling 10 sen... letak dlm tray.. ambil garpu.. tekan atas doh.. letak coklat chips jika suka... bakar selama 20- 25 mnt ( hingga masak) suhu 180'..
Biarkan biskut sejuk sebentar. .. cairkan coklat masakan putih secara double boiler.. masukkan coklat dlm piping bag plastik(kalo xde plastik pun boleh) potong sikit hujungnya.. pipe atas biskut.. bila coklat dah beku bleh simpan dlm bekas kedap udara.. . siap..