Thursday, 4 June 2015

COOKIES. idea dr Kak Shima Sweets N Bites.

Resepinya
250g mentega (sy guna buttercup)
3/4 cawan brown sugar@gula perang
1 biji telur
1 sdt esen vanilla
2 cawan tepung self - raising (sy tambah lg 1/4cawan)
1/ 2 sdt soda bikarbonat
Coklat chips secukupnya
Kacang badam cincang secukupnya (sangan dan sejukkan..baru guna yer)

Caranya
Pukul mentega hingga jadi cream 3- 4mnt. masukkan brown sugar. pukul 2- 3minit, masukkan telur dan esen vanilla. pukul 1 minit jer. masukkan tepung gaul guna senduk jer. masukkan coklat chips dan kacang badam. gaul sebati (adunan memang lembik yer).


Sapu marjerin pada loyang. guna sudu plastik cedok adunan dan letakkan atas loyang sebesar duit syiling 20sen. jgn terlalu rapat kerana biskut akan mengembang. bakar selama 15- 18mnt (hingga masak) suhu 150'-160'. jika selepas siap masak biskut masih lembut. biarkan jer. bila biskut tu da betul2 sejuk biskut tu akan keras dan ranggup.


KUIH PERIA
Resepinya
3cwn tpg pulut
2 sdb tpg gandum
Sedikit garam
Santan cair secukupnya
Pewarna hijau epal
Lidi atau pisau plastik

Cara
Panaskan kukusan hgg air mendidih. sapu marjerin atau minyak pada loyang. Satukan semua bhn kecuali santan. masukkan santan sedikit demi sedikit. uli hgg tpg tidak melekat ditangan (jgn lembik sgt yer). agak2 mcm kuih koci. bulat2kan. masukkan inti. bentukkan membujur dan susun dlm loyang. amik lidi tekan2kan pada kuih atau cucukkan guna pisau plastik(jgn tekan kuat kalo x nampak inti x cantik) sy tertekan kuat so kurg cantik. kukus selama 15mnt.

Inti kelapa
Sebiji kelapa parut
3 / 4 cwn gula merah
1 sdb gula pasir
1 / 2 cwn air
Secubit garam
1-2 helai daun pandan diikat

Cara
Masak gula merah bersama ½ cwn air. Bila dah larut, tapiskan ke dlm kuali, masukkan gula garam dan daun pandan. bila mendidih masukkan kelapa parut. Kacau, bila agak kering taburkan tpg gandum. kacau n tutup biarkan sejuk.


"PAU KACANG MERAH"
Resepinya
Bahan A
1 1/2 cawan air suam kuku
1 paket yis
2sdb gula pasir
( Satukan semua dlm satu bekas. .. kacau dan biarkan 5 - 6minit lebih kurang )
Bahan B
4 1/2 cawan tepung pau ( tepung gandum pun boleh )
3sdb shortening ( guna marjerin pun boleh )
2 sdb susu pekat manis
1 1/2sdt double action baking powder ( baking powder biasa pun boleh )
( Satukan semua bahan Bhn B gaul hingga jadi serbuk)
Caranya
Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B. . gaul rata dan uli sebati selama 8 - 10mnt lbh kurang (8mnt pun ok) kemudian. .. .peram doh dlm bekas bertutup selama 15 minit di tempat yang bersuhu agak panas ( cth. . dlm kereta. . bawah cahaya matahari) Uli semula...bulat2kan. . ambil satu doh masukkan inti dan lapik dgn daun pisang. .peram lagi 15minit- 18minit jer tau. . ( jika pau inti kaya peram 15minit jer)
Sementara tunggu pau naik. panaskan air kukusan hgg mendidih..Bila pau dah naik ( cukup masa peram ) kukus selama 7 minit guna api besar. .
Tips = Setiap kali kukus pau yg seterusnya lap dahulu bawah penutup kukusan. 


Steamed Red Velvet Cuppies
Diolah oleh: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
Bahan A (ayak bersama):
330 g tepung gandum
15 g serbuk koko
2 sudu teh double action baking powder
3/4 sudu teh baking soda
Bahan B:
3 biji telur gred A (pastikan telur fresh)
1 cawan gula castor
1 1/2 sudu teh vanilla
1 sudu teh ovalette
Bahan C (satukan semua bahan dan kacau):
250 ml susu cair/segar
2 sudu teh atau secukupnya pewarna merah (bright red)
1 1/2 sudu teh cuka/ jus lemon (sy guna cuka epal)
250 ml minyak masak

Cara membuatnya:
Masukkan bahan B ke dalam blender dan blend selama 5-8 minit. Tuang ke dalam bekas agak besar dan masukkan bahan A dan C secara berselang seli (kacau dulu bahan C sebab minyak dan cecair akan terpisah jika dibiarkan lama tak dikacau). Kaup dan balikkan biar sebati. Masukkan ke dalam acuan cupcake atau lompang dan kukus dengan api sederhana lebih kurang 10-15 minit. Jangan guna api besar yer, nanti pecah bahagian atas cuppies. Bila dah sejuk bolehlah dihias dengan cream cheese frosting.

Cream Cheese Frosting
Resipi: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
250g cream cheese (sy guna Philly)
Lebih kurang 1/2 cawan gula halus (gula dikisar dan ayak)
3/4 cawan krim putar jenis nondairy (nondairy cream- sy guna Vivo)-pukul kembang
Sedikit esen vanilla (sy guna clear vanilla)
Jus dan parutan kulit lemon secukupnya jika suka
Pukul cream cheese biar lembut. Masukkan gula, vanilla, lemon jus dan perutan kulit lemon jika suka dan pukul sebati. Masukkan krim yang telah dipukul kembang dan pukul perlahan biar rata. Kalau kurang manis tambah sedikit gula halus. Jangan terlebih pukul nanti frosting jadi lembik.


"SEMPERIT"(try resepi k. Auni Azalia)
Bahan2
250g butter Anchor
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula aising ( sy letak 3/4 cawan jer)
1 biji kuning telur
Sedikit esen vanilla
Pewarna pilihan
Caranya
Pukul gula.. butter.. telur.. esen.. sekadar sebati.. jangan lama nanti bunga jatuh dan kembang.. (sy kacau guna senduk jer) masukkan semua jenis tepung.. uli..tambah sikit tepung gandum dan tepung jagung jika terlalu lembik.. (jgn keras tau.. nanti sakit jari nk tekan) bila dah x lekat ditangan kira ok ler tu..bahagikan kpd warna yg disukai.. terap guna acuan.. bakar selama 25- 30minit suhu 180*. .

P/S= ***jika nak bunga tu kekal cantik lepas bakar.. jgn pukul gula.. butter sampai kembang tau..sekadar sebati jer ..sebaiknya kacau guna senduk jer..***


Sunday, 31 May 2015

SOTO 
Oleh:Anna Camfrog
www.bukuresepi.com
Bahan-Bahan
Nasi impit segera
Ayam 4 ketul
~bubuh kunyit, garam lalu digoreng~
Kacang tanah
~digoreng~
Kentang
~potong sderhana, bubuh kunyit dan garam lalu dgoreng~
Daun sup, tauge dan bawang goreng
BAHAN SAMBAL KICAP
*5biji cili padi
*1biji cili besar
*1ulas bwang putih
Kicap scukupnya
Ajinamoto
Sdikit gula
~tumbuk semua bahan bertanda *. Masukkan kicap, sbatikan rasa dgn gula dan ajinamoto...ok siap
BAHAN SUP AYAM
Ayam 5 ketul
*3ulas bwang merah
*2ulas bwang putih
*Halia
Sup bonjot
Kayu manis
Bunga lawang
Kiub ayam
Sdikit lada serbuk lada putih
Air scukupnya
Garam
Ajinamoto
~tumbuk lumat bahan2 bertanda *
~Panaskn sdikit minyak utk mnumis, tumis bahan yg dtumbuk, bunga lawang, kayu manis, smpai naik bau, masukan air,sup bonjut, kiub ayam dan masukan ayam ( air sparas ayam dulu ) masuk garam,serbuk lada putih dan ajinamoto..tutup..tunggu daging ayam lembut selepas itu baru masukkan air scukupnya, sebatikan rasa garam,ajinamoto.( saya mgunakan teknik air paras ayam kerna mahu ayam dpt mresap semua bahan2, pendapat saya, klu terus masukkn air bnyk2, daging ayam akn tawar didlmnya....ini kerna dia xdpt mresap smpai kedlm...ni pendapat saya saje..hihiii ) stelah mdidih, rasa pon dh sbati, ayam pon dh masak...tutup api...siap
~cara hidangan
Potong nasi impit, masukan mangkuk yg sesuai, tuangkan sup, masukkan aym goreng, kacang, kentang, taugeh, daun sup dan bwang goreng....sambal kicap jgn lupa...siap



Roti Celup Coklat Bersalut Nestum (suka2 ajer)