Monday, 15 June 2015

BISKUT BADAM (resepi asal Azlina Ina)
Resepinya
125g Butter
1/2 cawan gula aising (sy x guna susu pekat yer)(nak senang kisar jer gula biasa)
1 sdt esen vanilla
1 biji kuning telur
(Kacau semua bahan di atas guna senduk jer bagi sebati)
1/2 cawan tepung jagung
2 sdb menggunung tepung kastard
1 sdb susu tepung (x de pun x pe)
Tepung gandum secukupnya. .
1/ 2 cawan badam cincang

Caranya
Masukkan tepung jagung...tepung kastard..susu tepung..dalam butter yg dikacau sebati tadi.. kemudian masukkan tepung gandum sikit2 sambil adun hingga x lekat ditangan. .jgn keras tau. .biar lembik sikit pun xpe.. masukkan badam cincang.. adun sebati.. Terap guna acuan kesukaan. .. hias dengan badam flake dan sapu kuning telur pada permukaan biskut.. Bakar suhu 180' selama. . 20-25mnt..

PS PENTING = Jika mahu sapuan telur nampak lebih menarik telur kuning mesti dicampur dengan sedikit pewarna kuning. .InshaAllah cantik permukaan biskut..




"SERI MUKA PANDAN"
Resepinya (loyang saiz 9')
Bahagian Bawah
2 1/2 cawan beras pulut ( rendam 1- 2jam jer)
Selepas rendam. . basuh. . toskan. 
3 cawan santan sederhana cair 
1 sdt garam
1- 2 helai daun pandan ( disimpul )
Caranya
Panaskan kukusan hgg air mendidih. .
Sapukan marjerin / minyak pada loyang dan lapik dgn plastik. .Masukkan semua bahan di atas ke dalam loyang. .kukus selama 25 minit (guna api besar). . dah siap.. buang daun pandan.. biarkan sedikit suam.. . tekan2kan pulut supaya padat dlm loyang..Sambil2 tunggu pulut masak kita buat bahagian atasnya. .
Bahagian Atasnya
3 cawan santan sederhana pekat kisar bersama 5 helai daun pandan dan 1/ 2 sdt jintan manis. .kemudian tapis dan sukat semula 3 cawan yer. .
3/4 cawan gula pasir
1 biji telur
1/2 sdt garam
1 sdb menggunung tepung kastard
1 1/3 cawan tepung gandum
pewarna hijau epal secukupnya
Caranya
Satukan semua bahan. .kacau sebati guna whisk.. nak mudah kisar jer semua bahan. .Tuang atas pulut yang dah siap kukus tadi. .kukus lagi 30mnt(api sederhana ) dah siap.. buka tudung kukusan dan kukus lagi 5minit. .
Biarkan betul2 sejuk baru potong guna pisau plastik. .

Tips = Setiap 7 minit buka tudung kukusan dan lap bwh tutup kukusan supaya air tidak bertakung atas kuih. .
Semasa kukus pulut tidak perlu lap bawah penutup kukusan. .
Tidak perlu balut tutup kukusan kerana kain menyerap air.. ini menyebabkan lebih byk air menitis pd permukaan seri muka..

"PAU KACANG MERAH"
Resepinya
Bahan A
1 1/2 cawan air suam kuku
1 paket yis
2sdb gula pasir
( Satukan semua dlm satu bekas. .. kacau dan biarkan 5 - 6minit lebih kurang )
Bhn B
4 1/2 cawan tepung pau ( tepung gandum pun boleh ) 
3sdb shortening ( guna marjerin pun boleh )
2 sdb susu pekat manis
1 1/2sdt double action baking powder ( baking powder biasa pun boleh )
( Satukan semua bahan Bhn B gaul hingga jadi serbuk)
Caranya
Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B. . gaul rata dan uli sebati selama 8 - 10mnt lbh kurang (8mnt pun ok) kemudian. .. .peram doh dlm bekas bertutup selama 15 minit di tempat yang bersuhu agak panas ( cth. . dlm kereta. . bawah cahaya matahari) Uli semula...bulat2kan. . ambil satu doh masukkan inti dan lapik dgn daun pisang. .peram lagi 15minit- 18minit jer tau. . ( jika pau inti kaya peram 15minit jer)
Sementara tunggu pau naik. panaskan air kukusan hgg mendidih..Bila pau dah naik ( cukup masa peram ) kukus selama 7 minit guna api besar. .

Tips = Setiap kali kukus pau yg seterusnya lap dahulu bawah penutup kukusan. .

KEREPEK GUNTING BERSIRA MUDAH
Resepinya
1/ 2 kilo tepung gandum
1 cawan marjerin
Air secukupnya

Caranya
Satukan tepung dan marjerin. .gaul rata hingga berderai2..masukkan air sikit2 hingga jadi doh yg tidak melekat di tangan..bila da x melekat di tangan. . . bulat2kan..jadikan doh yg lebih kecil.. peram 10- 15minit dlm bekas bertutup..
Taburkan sedikit tepung dlm talam.. ambil satu doh dan gelek hingga nipis.. kemudian gunting..(Saya guna mesin mi.. jadi lebih mudah). .panaskan minyak..goreng kuih yg da siap digunting hingga garing.. biarkan sejuk.

Bhn sira
10 tangkai cili kering*
2 ulas bawang putih*
1/ 2 biji bawang besar*
(Kisar semua bhn yang bertanda* dengan sedikit air)
1 senduk gula
Sedikit garam dan bahan perasa
1 senduk minyak masak


Caranya
Panaskan minyak. .tumis bahan kisar. . . masukkan gula dan perasa.. tumis hingga betul2 naik minyak dan berubah warna.. . masukkan garam. sesuaikan rasa.. bila sambal da mula brbuih2. .masukkan kerepek gunting yg da sejuk tadi..gaul rata dan tutup api..

KEK GULA HANGUS aka SARANG SEMUT...

Resepinya

Bhn A

1cwn gula pasir
1cwn air panas
2sdb marjerin / mentega. ..
(Masak gula pasir hgg agak perang. ..masukkan air panas perlahan2 (berhati2 yer)...bila gula larut..tutup api dan masukkan 2sdb marjerin / mentega. ..sejukkkan. ..

Bhn B

1cwn tpg gandum
2sdt bikarbonat soda
3/4cwn susu pekat manis
4bj telur

Cara

Pukul telur hgg kembang(8-10mnt)..masukkansusu..tpg..dan air gula hangus...pukul sekejap. ..peram dlm bekas brtutup selama 3jam ke atas(utk hasil yg lbh baik buat mlm esoknya baru bakar utk mendapatkan lubang2 yg cantik)..

Panaskan oven...leser myk pada loyang..masukkan adunan...bakar api atas bwh selama 50mnt. ..atau hgg masak...suhu 160 - 170'.


"Pajeri Nanas"

Resepinya
1bj nanas (di potong2)
1bj kelapa ( amik santan pekat)lbh kurang 2cwn
2paket kecil rempah kari ikan (rempah dgg pon boleh)
1bj bwg besar (hiris)
4-5ulas bwg putih ( hiris )
1inci halia ( hiris )
1paket kecil kerisik
2-3kuntum bunga lawang
1btg kulit kayu manis
Sedikit udang geragau
1sdb gula
1/2sdb garam
Myk utk menumis

Cara
Bancuh rempah..gula..garam..udang geragau..dgn sedikit air..Panaskan 1senduk myk (sy guna senduk buat kari)
Tumis bhn hiris iaitu..bwg besar..bwg putih..halia..masukkan bga lawang dan kayu manis..tumis hgg naik bau...masukkan rempah kari yg di bancuh td...tumis hgg agak garing...masukkan kerisik..
Masukkan nanas..kacau hgg air nanas kering dan masukkan santan ..masak hgg pekat dan naik myk...siap

KUIH TIRAM
1 kilo tepung gamdum
2 biji telur
4 sdu planta
1 1/2 sdk garam
air

cara nya...
campur semua bahan kecuali air dan gaul sekata
masuk kn air sedikit2 hingga menjadi doh
mcm kita buat karipap tu...

bahan gam
6 sdu tepung jagung
8 sdb minyak
campur 2 bahan dan kacau sebati
klu pekat sgt blh tambah sedikit minyak
hingga menjadi mcm nestum nak kasi baby mkn tu..hihi jgn pekat sgt jgn cair sgt

bahagi kepada beberapa bahagian adunan tadi
klu nk besar kuih nya besar lah adunan n klu nk kecik kecik lah adunan nan nye...

canai adunan tadi hingga nipis sapu gam tadi
dn gulung kemas...dgn menguna kn pisau potong menyerong atau suka hati lah nk bentuk apa dn canai 1 1 dari atas gulungan ye bukan tepi...dn blh lah mengoreng dgn api perlahan...masa goreng tu ketuk2 manja dgn sudip tu...agak terbuka cantik...

dah tu tabur lah gula aising..n simpan dlm bekas kedap udara