Monday, 15 June 2015

"SERI MUKA PANDAN"
Resepinya (loyang saiz 9')
Bahagian Bawah
2 1/2 cawan beras pulut ( rendam 1- 2jam jer)
Selepas rendam. . basuh. . toskan. 
3 cawan santan sederhana cair 
1 sdt garam
1- 2 helai daun pandan ( disimpul )
Caranya
Panaskan kukusan hgg air mendidih. .
Sapukan marjerin / minyak pada loyang dan lapik dgn plastik. .Masukkan semua bahan di atas ke dalam loyang. .kukus selama 25 minit (guna api besar). . dah siap.. buang daun pandan.. biarkan sedikit suam.. . tekan2kan pulut supaya padat dlm loyang..Sambil2 tunggu pulut masak kita buat bahagian atasnya. .
Bahagian Atasnya
3 cawan santan sederhana pekat kisar bersama 5 helai daun pandan dan 1/ 2 sdt jintan manis. .kemudian tapis dan sukat semula 3 cawan yer. .
3/4 cawan gula pasir
1 biji telur
1/2 sdt garam
1 sdb menggunung tepung kastard
1 1/3 cawan tepung gandum
pewarna hijau epal secukupnya
Caranya
Satukan semua bahan. .kacau sebati guna whisk.. nak mudah kisar jer semua bahan. .Tuang atas pulut yang dah siap kukus tadi. .kukus lagi 30mnt(api sederhana ) dah siap.. buka tudung kukusan dan kukus lagi 5minit. .
Biarkan betul2 sejuk baru potong guna pisau plastik. .

Tips = Setiap 7 minit buka tudung kukusan dan lap bwh tutup kukusan supaya air tidak bertakung atas kuih. .
Semasa kukus pulut tidak perlu lap bawah penutup kukusan. .
Tidak perlu balut tutup kukusan kerana kain menyerap air.. ini menyebabkan lebih byk air menitis pd permukaan seri muka..

No comments:

Post a Comment